Archive forSeptember, 1990

Farnborough 90

Bersendirian ke mari adalah suatu ‘kehilangan’ yang diakibatkan oleh kecintaan yang tak terhingga pada kapalterbang. Dari Waterloo ke Aldershot, aku tenggelam bersama mereka yang bertali leher serta ber’suit’ kemas dan bergebang bisnes.

Di dewan-dewan pameran yang seluas cricket oval, aku pun kurang pasti apa yang mereka cuba buktikan dengan mempamerkan segala yang sophisticated dan dari teknologi yang paling baru.

Kemudian aku menjamah empat ekor king prawn rebus diulit dengan sos pedas, di kawasan yang berumput sambil bermandikan mentari autumn.

Medan udara Farnborough petangnya memberikan klimaks percintaan seumur hidup. Segala yang aku mahu ada di sini. Segalanya dari Tornado kepada Harrier, Red Arrows kepada Mirage 2000, F-16 kepada Hornet, ATR kepada Myria ‘the dream’ (the world’s largest aircraft, the Antonov An-225) dan Sukhoi Su-27 kepada pujaan ramai MiG-29 yang mencemaskan penonton dengan tail-slide and cobra manoeuvres, dan banyak lagi.

Dengan Olympus AZ-330 Super Zoom yang ‘kupinjam’ dari Argos, kuabadikan pengalaman seumur hidup ini samada dengan tele atau wide angle, servo atau di infinity.

Perjalanan balik dari Farnborough ke Waterloo melenakan letihku. Mungkin suatu masa nanti aku kembali ke mari.

Comments

Keretapi Malam

Perjalanan jauh dan membosankan. Tambah lagi bila tiada teman untuk diajak berbicara.

Stesen keretapi Euston di kota London adalah lebih kurang 6 jam dari sekarang. Mungkin subuhku di dalam koc. Dan solat-solat yang lain terpaksa dijama’ dan diqasarkan.

Dan lenaku pasti di sandaran kerusi. Tiada, bagiku yang romantis tentang keretapi. Mungkin, aroma ucapan selamat tinggal lebih berkesan di stesen keretapi.

Dengan terminal dan platform yang luas dan sepi. Tentu sayu dan sendu bertandang mesra.

Glasgow Central - London Euston

Comments