Archive forSeptember, 2008

Catatan di Hari Raya

Words, they don’t come that easy. Itu yang aku rasakan bila my dear aunt Wirda menyuruhku menulis sesuatu di dalam majalah glamornya. Sebelum aku pergi lebih jauh, ingin ku perkenalkan diriku. I’m just a typical Malaysian male. The man that you see on the street, atau yang sama bergayut di dalam LRT. Too typical. Sehinggakan anda semua tak perlu tahu lebih lanjut. Tapi, hey, lelaki tipikal juga punya citarasa. Kami juga punya banyak cerita. Kadang-kadang kalau diberi peluang (seperti ini), cerita kami juga mungkin menarik. Di sini aku catatkan secebis kisah yang ringkas. Seringkas skirt wanita, long enough to cover the essentials but short enough to keep it interesting.

OK. Topik semasa. Tentang Hari Raya. Di waktu begini sering kita terpandang di muka akhbar akan gambar-gambar ceria para pelajar kita di unversiti luar negara. Dari US, dari UK, dari Eropah, Down Under, Jepun, Jordan dan lain-lain. Kalau gambar itu berlatar belakangkan salji yang tebal, lagi tambah menarik. Bagi mereka yang pernah ke sana, aisyehman, menyampah. Tetapi, tentu juga ada yang rasa sedikit iri hati, atau mungkin terbayang ‘kalaulah aku di situ’. Gambar-gambar ini selalu diiringi caption ucapan rindu buat ayah bonda dan keluarga tercinta. Tapi percayalah, di sebalik wajah-wajah ceria itu sebenarnya tercatat seribu satu kisah suka duka di perantauan.

Di hari raya, terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana, ayah serta bondaku

Hati sekeras manapun pasti terusik bila mendengar lagu Dendang Perantau. Terutama kalau benar-benar anda di perantauan. Dan aku, biar macho mana sekalipun kurasakan diriku, air mata sebak pasti mengalir. Rinduku teramat dalam pada kampung halaman nun jauh puluh ribuan batu, pada ibu ayah tercinta dan sang kekasih (kini bekas) yang ditinggalkan. Tetapi hati ini harus cekal. Perjuangan ini harus diteruskan. Kupinjam kata Sudirman:

Rindu hati ini inginku kembali, pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki, membela nasib kita bersama

Jadi aku, seperti para pelajar lain yang menuntut di satu bandar dingin (dan beku) di sekitar pergunungan dan loch Scotland, terus bertekad untuk mengharungi perasaan hiba ini di setiap Hari Raya dengan hati yang tabah. Kebanyakan dari kami tak punya cukup wang untuk balik ke Malaysia pada Hari Raya, yang selalunya jatuh bukan pada musim cuti semester. Jadi, kami harus terus bertahan. When the going gets tough, the tough get going.

Kami tak pedulikan keresahan dan kesedihan di perantauan. Kami berpakat dan bersatu hati untuk menyambut hari kebesaran ini. Hari Raya ialah Hari Raya, walaupun di Scotland. Pelajar lelaki akan mengenakan baju Melayu lengkap dengan kain samping songket penuh dan yang perempuan siap dengan baju kurung atau kebaya, tanpa menghirau dingin cuaca. Semuanya kelihatan sungguh anggun, sungguh menawan. Dan ya, sungguh GLAM. Agaknya, mat dan minah saleh tempatan berfikir “Apalah yang sedang berlaku, ada perayaan pakaian tradisional agaknya?”

Dan apalah Hari Raya kalau tak ada juadah Hari Raya. Segala macam masakan dan juadah enak kami sediakan. Ada juga yang kami improvised. Pernah anda dengar lemang aluminium foil? Kami cuba sedaya upaya menyediakan yang terbaik, samada yang asli dan segar, atau sekadar mengggunakan makanan pek dari Brahim’s kiriman dari kampung.

Allahu Akbar, Allahu Akbar
Walillah Ilham

Kami bertakbir dan bertahmid beramai-ramai di rumah dan di masjid. Sebenarnya di dunia ini, cuma orang Melayu sahaja yang bertakbir Raya dengan suara yang nyaring. Dan orang Melayu saja yang pakai baju Melayu pada Hari Raya, walaupun di negeri orang Putih. Well, orang Melayu jugalah yang ada banyak koleksi lagu Raya. Lagu-lagu raya yang wajib dari Tok Pah, DJ Dave, M Nasir, Sudirman, Fazidah Joned, P Ramlee dan Saloma. Dulu belum ada Tok Siti.

Time flies. Peristiwa beraya di perantauan sudah hampir berbelas tahun berlalu. Kembali ke tanahair, Hari Raya datang dan pergi. Lagu Dendang Perantau dan Dari Jauh Kupohon Maaf masih menjadi kemestian sewaktu Hari Raya. Belum puas membujang, si bonda tercinta sering membayangkan alangkah seronoknya kalau anak terunanya punya teman di Hari Raya.

“Mak carikanlah. Anak Mak ni setuju sahaja.” Hah, sejuk perut ibu bila mendengar anak lelakinya berkata begitu. Syurga di telapak kaki ibu. Aku akan berbuat semampuku untuk menjaga hatinya.

Yes. Memang seronok ber-Hari Raya bila sudah punya isteri. Terima kasih Mak kerana mencarikan aku seorang isteri yang cantik dan serba mencukupi. Cuma, bila hendak menyambut Hari Raya di rumah ibubapa siapa, soalan itu tiba-tiba ia menjadi tanda tanya (pun intended). Yang nyata bukan lagi secara otomatis di kampungku. OK, penyelesaiannya. Tiap tahun kami suami isteri setuju bergilir. Kalau tahun ini beraya di kampungku, tahun depan di kampung si isteri. Kecuali …

“When I’m pregnant, Raya must be at my Mom’s.” Dan di tahun itu, sistem giliran tidak diambil kira. Wow! Lelaki, siapa kata keputusan di tangan kita. Mungkin ya kalau di pejabat atau di bilik mesyurat. Tapi tidak, bila soal nak beraya di kampung siapa. Sepuluh tahun perkahwinan, tolak empat kali pregnancy, bahagi dua.

“Mak rasa kamu dah jarang balik beraya dengan Mak.” Well, dear Mom you are the one who asked me to get married.

Bila bercakap tentang hendak balik Raya di mana, rasa sensitif semacam. Kadang kala erti beraya di kampung sendiri kita rasakan semacam jawapan ringkas panglima Salahuddin al Ayubi bila ditanya kesatria Balian of Ibelin tentang berapa nilai Jerusalem yang dimenanginya dari tentera Salib. It’s nothing, but it’s everything.

Pun begitu, Hari Raya tetap meriah. Terutama bila melayan kerenah anak-anak. Kami punya dua pasang anak-anak yang comel. Merekalah yang paling bergembira bila tiba Hari Raya. Dan siap sedialah para ibu dan bapa saudara sekelian, duit raya jangan dilupakan. Budak-budak ini menerima minimum yang merah, tapi warna unggu amat dialu-alukan.

Untuk Hari Raya, satu kemestian ialah corak dan warna pada baju Melayu dan baju kurung kami anak beranak, pasti sedondon. Sudah sepuluh kali raya kami sudah tak tahu nak pilih warna apa untuk tahun depan. “Ayang, apa kata kita pakai je baju-baju tahun lepas, what do you think?” Sememangnya soalan tadi berani kutulis tapi tak pula berani kuucapkan, walaupun kurasakan betul. Pesan seseorang kepada para suami, “Two secrets to keep your marriage brimming. Whenever you’re wrong, admit it. Whenever you’re right, shut up.”

“Abang! Ayang dah sedia.” Kulihat si isteri cukup menarik dengan busana anggun baju kurung pesak gantung diperbuat dari kain sutera Thai. “Tapi, yang beropol-ropol tu apa?” Sudah semacam fesyen si pereka yang diundi keluar dalam Project Runway pulak. Sebenarnya si isteri juga complaint kenapa tiap-tiap tahun aku cuma beli baju Melayu Johor (disclaimer: aku orang Perak) jahitan tulang belut sahaja. “That my dear is my prerogative.” Tapi, anak-anak kamilah yang paling teruja. Mereka nampaknya sudah bersedia untuk ber-Hari Raya di rumah datuk dan opah di kampung. Tahun ini di kampung si isteri. So, it’s nothing for me.

Klik! Satu gambar digital keluarga tipikal di suatu pagi Hari Raya nan indah. Senyuman ceria kami seiras senyuman di gambar para pelajar kita di luar negara.

Selamat Hari Raya! Maaf Zahir dan Batin.

-GLAM 2007-

Comments (3)

Tainted Lact

 

 

Surely, many of you remember this song, back in the 80s:

 

 

Don’t touch me please

 

I cannot stand the way you tease

 

I love you though you hurt me so

 

Now I’m going to pack my things and go

 

Tainted love, tainted love

 

Touch me baby, tainted love

 

Tainted love

 

 

Ask any housewifey what melamine is, they will tell you that it is those unbreakable set pinggan mangkuk, which I refuse to eat on it when Jay’s cooking … simply because I think her good food will taste better if it is served on a normal plate. 

 

Melamine uses however are more than that. It is used for, among others:

 

  • countertops
  • fabrics (Nagoya, Jaykel etc)
  • glues
  • flame retardants
  • fertilizers
  • arsenical drugs

 

Those damn unethical Chinese however uses melamine to food products in order to increase the apparent protein content in 22 brands of infant formula, making more than 53,000 infants ill and hospitalising almost 12,900 as of now. Those slit eyes bastards don’t just stop there, in fact they put it in almost all food products even to the humble White Rabbit.

 

This scandal however, is what the world found out. What about those still wanting to be discovered?

Comments

16th Ramadhan

Status check:

  • Puasa, so far so good
  • Quran, about to finish an-Nisaa
  • Sembahyang malam, err … err
  • Mengata orang, quite limited but not totally annihilated
  • Sedekah jariah, tunggu gaji masuk …
  • Shopping for Raya, I leave that for Jay
  • I could say, syukur this year has some improvement but definitely not enough

Comments

Pendatang

Lovely song by Fran:

 

Aku bagai seorang pendatang

Ke sempadan yang mengasingkan

Sedang dulu di sini aku bermesra denganmu

 

Kedatangan tiada sambutan

Dan senyuman tiada balasan

Langkah kaki sampai di sini terhenti

 

Ku mencari

Kembali pohon hijau nan rendang

Di situlah kita berteduh

Dan sungainya

Bertali arus air mengalir

Bagai takkan berakhir

Dijadikan perlambangan

Tanda setianya percintaan

Dua insan

 

Perjalanan di tanah gersang

Tanpa sungai dan pohon rendang

Kau dan aku demikian diibaratkan

We (17.5 million of us) are with you YBhg Datuk Ahmad.

Comments (1)

Bear Witness

Performed my Zohor just now at the glisteningly new Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz in PJ. I had this wonderful feeling whenever I had the opportunity to say the solat-ul-tahiyat-ul-masjid in any mosque in any part of the world, especially during my first visit.

 

I wish I could say that solat sunat in great masjids like the Masjid al-Nabawi, Masjid al-Aqsa, Selimiye Camii in Erdine, Bait-ur-Rahman in Banda Acheh, Jama Masjid in Delhi (seen it from outside), Hassan II Mosque in Casablanca,  and others.

 

Hope that with all my shortcomings, my ignorance, my unduly sins, those masjids that I visited could one day, a day which equal one thousand years, would bear witness that this slave of the Almighty did prostrate, facing the qiblat, for the intention to please his Lord.

Comments

5th of Ramadhan

Hati semakin tenang

Fikiran semakin terbuka dan makin ligat

Ada la satu dua juz dah baca

Dari dua puluh dah jadi lapan rakaat

My kids are fasting too, they are the ones particular about proper sahur

My antique swiss watch pun dah longgar

Bazar semacam biasa

Comments