Archive forJanuary, 2009

Kepadamu Kekasih

 

Februari datang lagi. Februari bulan rindu. Bulan mengenang sang kekasih. Walaupun pada hakikatnya, semua para kekasih mahu mereka dikenangi pada setiap waktu, setiap hari, setiap 24-7-365. Tetapi kelemahan dan kealpaan yang ada pada diri sendiri memungkinkan kita tidak mampu berbuat demikian. Apapun, yang paling penting kita jangan harus berputus asa. Mesti terus mencuba.

 

KepadaMu kekasih

Aku serahkan

Jiwa dan raga

Jua segalanya

 

Itu kata-kata M Nasir di dalam lagunya. Kalau diteliti, lagu itu sebenarnya untuk kekasih Yang Maha Agung, tapi pada pendapatku boleh juga kita tujukan pada kekasih di luar sana, di dunia yang fana’ ini. Aku tujukan lagu itu pada mereka para kekasih (seperti aku) yang banyak cacat celanya, juga pada mereka yang banyak ketidak sempurnaannya.

 

Perasaan cinta yang lahir di dalam hati kita bukanlah boleh dibuat-buat. Cinta itu bukan kemahuan fikiran. Cinta adalah anugerah dan rahmat Tuhan. Kata Qaisy mengenai kekasihnya Layla, “I pass by these walls, the walls of Layla, and I kiss this wall and that wall, it’s not love of the house that has taken my heart, but of the one who dwells in those houses.” Kalau sedang asyik bercinta segalanya tentang kekasih akan membuat kita rindu. Rindu pada paras wajahnya, merdu suaranya, manis senyumannya dan segala apa tentangnya.

 

Suatu ketika dahulu, aku berada di sekitar bandar Glasgow yang dingin dan beku ketika cinta puppyku hilang entah ke mana. Aku juga bersama sahabat karib yang segak bergaya bernama Rosman (katanya itu bukan nama sebenar) yang sedang asyik mabuk bercinta dengan seorang gadis manis yang bernama Ana (ini juga bukan nama sebenar) yang waktu itu sedang menuntut di dalam jurusan undang-undang di kota London. Pantang waktu cuti sahaja, kedua pasangan ideal ini akan sentiasa bersama. Memadu kasih asmara. Jarak beribu kilometer antara London dan Glasgow bagai tidak memberi makna. Jarak, kata mereka bukan menjadi satu rintangan. Pertemuan yang kerap bukan sesuatu yang mustahil.

 

Di kedinginan begini

Kalaulah harummu

Dapat ke mari

Menyapaku

 

Sedang aku bersendirian sambil berpuisi dan bergurindam tentang rindu yang hilang di suatu musim luruh, pasangan belangkas Rosman dan Ana mesra bercanda di mana-mana. Hingga ke Sherwood Forest di daerah Nottinghamshire, sambil mereka mendendangkan lagu Bryan Adams yang waktu itu berada di tangga Nombor 1 carta rancangan BBC Top of the Pops. Seronok agaknya kalau bersama kekasih di sekitar hutan lagenda Robin Hood, sambil bersumpah untuk setia.

 

Take me as I am

Take my life

I would give it all

I would sacrifice

 

Cinta itu sebenarnya satu perjuangan. Setiap perjuangan perlukan pengorbanan. Tuntutan korban itu kadang kala amat berat. Demi kecintaan untuk menegakkan Kalimah Tuhan serta menolak kemungkaran, panglima terkenal Tariq ibnu Ziyad telah membakar semua kapal armadanya ketika mereka baru mendarat di Gibraltar. Seru Tariq kepada bala tenteranya, “O People! Where can you flee? The sea is behind you, and the enemy in front of you!”

 

Dengan semangat berkobar-kobar bala tentera Islam dengan mudah mengalahkan tentera kafir Raja Roderic yang zalim pada suatu musim panas tahun 711 Masihi. Berkat pengorbanan Tariq dan tenteranya, Islam telah bertapak di bumi Sepanyol selama lebih 700 ratus tahun. Satu jarak masa yang begitu lama, sebagai perbandingan Islam di Malaysia baru sekitar 500 tahun.

 

Kalau kita sekarang anggun bergaya dengan aksesori Loewe atau Tous dari Sepanyol, ada kemungkinan yang pereka cipta jenama-jenama designer ini datang dari keturunan Tariq ibnu Ziyad. Mendiang Salvador Dali pelukis prolifik Sepanyol sering berbangga pada keturunannya dari bangsa Moor di Andalusia, bangsa panglima Tariq ibnu Ziyad.

 

 

Setelah kembali ke tanahair, pasangan merpati sejoli Rosman dan Ana melangsungkan perkahwinan. Perkahwinan mereka amat meriah dan berwarna-warni, penuh dengan janji-janji untuk setia selamanya. Rezeki mereka melimpah ruah. Mereka dikurniakan anak-anak yang comel dan bijak. Kawan-kawan dan para sahabat karib amat seronok dan bersyukur melihatkan dua insan ini bahagia dan punya potensi yang besar di dalam kedudukan mereka yang stabil di kelas pertengahan.

 

Kemudian ujian maha besar pun tiba. Ditokok tambah gangguan pihak ke-tiga. Mahligai indah satu dekad hancur luluh begitu sahaja. Tidak tahu salah siapa. Mereka saling tuduh menuduh. Dulu kekasih, kini bagai musuh. Kata Rosman padaku, “Hisham sahabatku, tiada apa yang tinggal dalam diri ini, sudah tiada ruang lagi. Kemana hilangnya keroncong cinta aku dan Ana yang selalu kami nyanyikan bersama?”

 

Rosman, sahabatku. Aku tidak punya jawapan mutlak. Hidup ini seperti juga cinta adalah suatu perjuangan. Aku cuba memberi kata semangat padanya. Aku bukan panglima perang sehebat panglima Tariq. Aku cuma seorang sahabat karib. Kata pesanku mungkin tiada memberi kesan atau tidak langsung akan membakar semangat untuk bertarung dengan ujian getir. Tapi ingatkanlah kata-kata hikmat penyair Sasterawan Negara Usman Awang tentang perjuangan hidup.

 

Kawan-kawanku yang dikasihi

Di belakang duri

Di depan api

Kita tidak bisa undur lagi

Duri dan api

Tajam panasnya kita hadapi

 

Selagi ada nyawa, hidup ini perlu diteruskan. Walau duri atau api  di hadapan, di belakang atau di keliling kita. Kekasih di dunia ini tiada yang kekal. Kembalilah dengan semangat juang untuk meneruskan kehidupan. Mintalah pertolongan pada Tuhan dan redhalah atas takdir yang berlaku. Semua yang berlaku tentu ada hikmah di sebaliknya. Kerana Dia yang lebih mengetahui. Kerana Dia yang lebih mengerti. Mana tahu di dalam perjalanan kehidupanmu yang baru nanti, kamu akan bertemu kekasih yang setia, yang lebih baik dari Ana. Atau kalau nak dijadikan kisah hidupmu lebih klasik, mungkin kamu dan Ana akan bersatu kembali, sama seperti dahulu di waktu musim bunga-bunga berkembang. Tiada yang mustahil.

 

Akhirnya, para pembaca yang budiman, Februari datang lagi. Kisah Qaisy dan Layla masih belum selesai, begitu juga antara Rosman dan Ana. Di bulan mengenang kekasih ini, marilah kita sama-sama mengenang dan menghargai pengorbanan kekasih kita. Ucapkanlah terima kasih tidak terhingga pada si dia. Terima kasih kerana sudi berkongsi sama-sama di sepanjang jalan dan liku kehidupan. Terima kasih juga kerana bersabar dengan kerenah dan ego (lelaki seperti aku) kita.

 

Tetapi, dalam mengenang kekasih kita, kalau yang dapat dilihat hanya perkara-perkara yang kurang baik, fikirkan kembali kenapa kita jatuh cinta dengannya mula-mula dahulu. Fikirkan segala kenangan terindah. Berilah dia peluang. Peluang sekali lagi. Berilah jua si dia hadiah istimewa. Kejutkan kekasihmu dengan pemberian ikhlas. He or she deserves it.

 

Bersegeralah. Sang cupid sudah berkeliaran dengan panah asmara. Semoga kamu berdua jatuh cinta sekali lagi. Dan berkali-kali selepas itu hingga ke akhir hayat.

 

Kepadamu kekasih di luar sana …

 

-GLAM 2008-

 

 

Comments

Need Reasons for Aging?

After sometime, I have stopped counting my age. What reason is there to count anyway? From one year to the other, there’s not much difference. Or so I thought.

 

I started to realise that, contrary to my firm believe that my age is rather constant, or moved really slowly, only when I crossed paths with some old accomplices.

 

Then they will say something like these:

 

  • “You look err, err, (why the hesitation?) smart, as before. Well, those few strands of silver hairs won’t hurt, I’m sure.”

 

  • “You know Din (some other guy), he was a fast bowler and hard hitting batsman, can still clock 100m less than 12 secs can’t you Brad?”

 

  • “You have a Form 1 son, and you don’t marry that early, emm.”

 

And, my used-to-be little cute nieces whom now are undergraduates:

 

  • “Pakcik!”

 

 

There’s the sun and there’s the seasons, and my age of reason.

 

I rather count the ages of my daughters and sons.

Comments

Letting Go …

 

For those who have kids, and saw them from birth, and raised them, and who sometimes cannot stand their antics, will definitely have this kind of uneasiness or some sort of feeling of longing when they are away from you.

 

In my case, it is with my eldest son Ameerul Ahwaz.

 

It’s still fresh in my mind, when my sweet Jay was eight month pregnant and I was like ‘tengah menyidai’ some newly bought feeble blue baby wears, after washing them. That time, I thought to myself, what am I doing here? Who’s this ‘hamba Allah’ who’s going to wear these tiny shirts and pants?

 

A little over a month later, while my sweet Jay was at the lecture theater in IIUM, her water bed broke down. I rushed her to the Ampang Puteri Hospital where immediately she was admitted to the ward, where she had to undergo c-section operation by Dr Jemilah (now a Datuk and on her way to Gaza, damned you filthy zionist).

 

There he was, a tiny 2.54 kilo baby boy. His feet were exactly the size of ‘tapak dua jari’. It was me who called out the azan and iqamah onto his little ears.

 

Twelve odd years later, there he was again. Standing almost five foot seven and wearing size eight shoes. Tall, fair and very handsome. He’s leaving our humble abode at Bandar Sunway to continue his study at the Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) in Ipoh.

 

As much as I wanted him to have all the opportunity to study in a boarding school like STAR (with the best PMR result in Perak for 2008), it is also quite hard on me to let him go. But do tell me, what choice do I have?

 

All the best to you dear son, on your next journey in life. There’s a whole world out there. Go and seize your destiny.

 

Selawat and salam to our junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

 

May Allah Almighty shower all His kindness and blessings to us all.

 

Comments (2)