Archive forJune, 2009

One Day in Your Life - Tribute to Michael Jackson

One day in your life
You’ll remember a place
Someone touching your face
You’ll come back and you’ll look around, you’ll . . .

One day in your life
You’ll remember the love you found here
You’ll remember me somehow
Though you don’t need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You’ll remember one day . . .

One day in your life
When you find that you’re always waiting
For a love we used to share
Just call my name, and I’ll be there

You’ll remember me somehow
Though you don’t need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You’ll remember one day . . .

One day in your life
When you find that you’re always lonely
For a love we used to share
Just call my name, and I’ll be there

- of course Michael, you will be in our hearts.

Comments (2)

Perjuangan Yang Belum Selesai (sempena Hari Bapa)

(based on true stories)

 

 

Di situlah dia menunggu dengan penuh debar. Sedikit lagi dia akan bertemu dengan lelaki itu. Cuaca nyaman di suatu musim panas di bandar Stirling di Scotland amat menyenangkan. Permukaan tasik sekitar kampus universiti di bandar ini kelihatan kilau kemilau oleh sinaran cahaya matahari redup. Ahh, sungguh tenang suasana. Tetapi kenapa hati terus berdebar?

 

Paras wajah lelaki itu memang kacak walaupun agak serabai. Mungkin sememangnya begitu kalau terlalu sibuk dengan tesis dan kertas kerja yang perlu diselesaikan di peringkat ijazah doktor falsafah. Tapi dia masih tertanya-tanya kenapa lelaki itu mengajaknya ke sini. Kata lelaki itu dia mahu memberi tahu sesuatu. Sesuatu yang penting.

 

‘Ingin saya ceritakan sesuatu, kisah ayahmu yang saya kenal’. Kata lelaki itu, sambil lansung tidak mahu memerhatikan dirinya. Mungkin agaknya aku ini yang tidak menarik, atau benar-benar ada perkara yang lebih utama.

 

‘Saya terhutang budi pada ayahmu. Tidak keterlaluan kalau saya katakan yang kerana dialah saya dapat ke mari. Kerana dialah, anak kampung pedalaman seperti saya dapat ke mari belajar tinggi sampai ke peringkat PhD.’

 

Kata Yusuf, ayahnyalah yang telah berusaha gigih, memberi kata semangat, dorongan dan tunjuk ajar kepadanya dan pelajar yang lain. Ayahnyalah yang sentiasa tidak jemu mendidik anak bangsa untuk keluar dari kemelut kedaifan. Tiba-tiba Yusuf mula berbicara tidak formal dan menjadi agak melodramatik.  

 

‘Aku anak kampung, anak orang susah. Rumahku beratap rumbia. Tiada bekalan elektrik dan air paip. Rumahku di seberang tasik. Aku sudah mula berputus harap. Aku mula berserah pada takdir. Ayahmu yang memerdekakan semangatku. Ayahmu jugalah yang membayar tambang sampan supaya aku dapat ke sekolah. Kata ayahmu, Yusuf, hidup ini suatu perjuangan. Hatimu perlu kental, kamu perlu berjiwa besar. Gantunglah cita-citamu setinggi bintang di langit.’

 

‘Melati, tentu kamu tertanya-tanya kenapa ku ajak kamu ke mari. Tasik indah ini mengingatkan aku pada kisahku yang lampau. Liku perjalanan hidupku penuh cabaran. Dari kehidupan budak kampung yang sering menyalahkan tasik kerana sukar hendak ke sekolah, kini aku mampu sampai ke tahap ini. Dan tasik indah ini menyebabkan aku teringat kepada Cikgu Ismail, ayahandamu. Sesungguhnya, aku amat terharu dapat bertemu dengan anaknya.’

 

 

Hati Melati pula yang mula merasa begitu tersentuh. Ayah yang kukenali hanya sebagai seorang ayah rupanya adalah pencetus semangat, pembakar iltizam, penyuluh jalan anak bangsa, getus hati kecilnya.

 

Selang sebulan kemudian, di waktu hari graduasinya, dia terkejut bila Yusuf datang mengucap tahniah, beserta sejambak bunga ros merah yang memang menjadi kesukaannya.

 

‘Tahniah Melati, kamu sekarang punya sekeping ijazah kejuruteraan. Teruskan perjuanganmu setelah kembali ke tanahair. Negara memerlukan kepakaranmu. Semoga berjiwa besar. Salam hormat buat Cikgu Ismail.’

 

Hari itu Yusuf memang nampak segak bergaya dengan kot tweed dan bertali leher simpulan Windsor. Rambutnya yang ikal dan lebat, tersisir rapi. Gayanya lansung tidak macam orang kampung, seperti yang selalu Yusuf ingatkan dirinya. Sinar matanya yang menawan terlindung pula dengan kacamata hitam Ray Ban Aviator. Ini baru gaya seorang doktor falsafah. Tetapi  Yusuf, itu sahajakah kata ucap darimu, bisik Melati sendirian.

 

‘Aku akan kembali hujung tahun ini. Harap kamu menantiku. Perjuangan kita baru bermula.’

 

Well, that’s more like it!’ bisik Melati sendirian.

 

 

 

‘Melati, awak kena melapur diri ke site office minggu hadapan,’ kata Ketua Operasi syarikat tempat dia bekerja.

 

‘Bekerjalah dengan tekun dan amanah. Jangan ada kompromi dalam kualiti, jadual kerja dan keselamatan. Projek harus siap dalam masa 14 bulan. The first oil ialah 16 bulan dari sekarang.’

 

Melati memulakan tugasan sebagai jurutera projek di sebuah fabrication yard di selatan Semenajung. Tugasannya amat mencabar. Dia harus memastikan kesemua disiplin-displin kejuruteraan dapat dipasang serta diujipakai sebelum pelantar minyak ini layak digunakan untuk operasi mencarigali minyak di luar persisir Terengganu.

 

Empatbelas bulan berlalu dengan pantas. Projek pelantar minyak beratus juta ringgit itu berjalan mengikut jadual. Memang bukan mudah untuk memastikan kesemua disiplin kejuruteraan dapat berfungsi dan berintegrasi bersama-sama tanpa masalah.

 

 

Sepanjang bulan-bulan yang mencabar, Melati terpaksa menghadapi berbagai tekanan kerja. Yang paling hebat ialah dari salah satu sub kontraktor yang cuba mengumpannya rasuah supaya mereka mendapat kontrak membekal injap-injap kawalan yang bernilai hampir tiga juta ringgit. Setelah dibuat penilaian menurut spesifikasi, ternyata ada ciri yang tidak menepati aspek keselamatan. Melati menolaknya bulat-bulat walau diprotes pihak kontraktor utama. Kebenaran ternyata di pihak Melati. Selang sebulan setelah membuat keputusan itu,  jenama yang sama telah meletup di sebuah pelantar minyak yang lain. Dengarnya ada orang yang tercedera dan operasi mencarigali minyak telah terganggu. Kerugian dianggarkan jutaan ringgit.

 

Akhirnya pelantar minyak yang sudah siap dibina dan diujipakai telah ditunda ke tengah Laut China Selatan dan berdiri megah dengan kerangkanya di atas dasar dan puncaknya melepasi permukaan laut.

 

Seperti yang dijadualkan selepas 16 bulan, minyak pertama telah berjaya dikeluarkan dengan selamat. Pelantar itu mampu mengeluarkan hasil minyak sebanyak 80 ribu tong sehari yang bersamaan dengan pendapatan 35 juta ringgit sehari mengikut harga minyak sekarang.

 

Sekembalinya Melati ke ibupejabatnya di Kuala Lumpur, pasukan projeknya diberi pujian dan penghargaan kerana berjaya menyiapkan projek mengikut jadual dan di dalam kos yang telah dibajet. Malah rekod keselamatan projek itu juga cemerlang.

 

‘Saya ingin mengambil cuti panjang’, katanya kepada seorang eksekutif muda di bahagian Sumber Manusia sambil menghulurkan borang cuti yang sudah siap diisi. Ahh, kenapa agak familiar rupa cik Umayrah ini. Rambutnya yang ikal mayang, kulitnya yang putih merah. Sungguh ayu.

 

‘Maaf, kak Melati. Arahan pihak pengurusan tertinggi. Kak Melati boleh mengambil cuti hanya setelah menghadiri satu seminar kejuruteraan minggu hadapan sebagai salah seorang ahli panelnya.’ Kata Umayrah, macam tiada belas kasihan lansung. Tidakkah dia tahu yang sudah lama rasanya aku tidak bercuti, protes hatinya. Tapi apalah sangat, cuma minggu depan.

 

‘Abang Yusuf pun ada di seminar itu nanti’, kata Umayrah lagi sambil tersenyum lebar dan menghulurkan brosur seminar itu.

 

‘Yusuf?’ Yusuf, nama indah yang sudah lama tak didengarinya. Terasa sudah terlalu lama.

 

‘Saya adik bongsunya. Memang kak Melati ni cantik orangnya.’

 

‘Ohh.’

 

‘Dia bertugas sebagai professor madya di fakulti kejuruteraan di sebuah universiti di Perak. Jangan risau dia jugak masih belum berteman.’

 

‘Ohh.’

 

 

 

Seminar kejuruteraan itu diadakan di sebuah hotel 5 bintang di Kuala Lumpur. Ramai dari kalangan para profesional yang terlibat di dalam industri minyak dan gas menghadiri seminar sehari itu. Melati cuma menghadiri pada sesi petang sebagai salah seorang dari ahli panel untuk membincangkan topik tentang penggunaan teknologi  wayarles.

 

Melati dapat melihat Yusuf dari jauh. Lelaki itu kelihatan begitu kacak sekali dengan jambang nipis gaya George Clooney. Kenapa Yusuf bagai tidak mengenalinya. Melati tiba-tiba merasakan dirinya pula yang kelihatan serabai lebih-lebih lagi setelah setahun di tengah panas dan terik. Sempat jugak dia bergegas mencari washroom untuk sedikit touch-up yang ringkas.

 

Sidang panel bermula. Banyak soalan-soalan diutarakan oleh para peserta seminar. Yusuf menjawab dengan tenang dan penuh berkarisma. Soalan yang lebih kurang sama diajukan pada Melati. Dia menjawab dengan cara dan dari sudut yang berbeza. Tiba-tiba kedua-dua Yusuf dan Melati mula saling jawab menjawab dan memberikan pendapat. Secara teori dan dari sudut akademik oleh Yusuf. Secara praktikal dan menjurus kepada aplikasi oleh Melati. Perdebatan menjadi semakin hangat. Seolah-olah menjadi peribadi. Bagai ada yang tidak puas hati.

 

‘Sabar, sabar, bawa bertenang’, Tuan Moderator mula mencelah dan menenangankan suasana. ‘Apa yang dikatakan dan segala hujah oleh Prof Yusuf dan Ir Melati, kedua-duanya betul dan boleh diterima pakai. Malah boleh dipatenkan dan bakal menjadi satu harta intelektual yang punya nilai komersial. Tahniah kepada awak berdua.’

 

Setelah tamat sesi dan selesai seminar, Yusuf segera datang bertemu Melati.

 

‘Seminar sudah habis. Tapi bagai ada yang belum selesai. Ke mana awak menghilangkan diri?’ Yusuf begitu bersungguh-sungguh.

 

‘Siapa yang menghilangkan diri dari siapa? Emel dan nombor telefon bimbit saya telah bertukar,’ memang itu sebenarnya yang berlaku. Yang itu dan termasuk juga jadual projek yang terlalu ketat.

 

‘Jemputlah ke kampung saya di Kuala Kangsar,’ kata Melati akhirnya, dengan nada lembut dan bersungguh-sungguh.

 

I thought you never asked,’ bisik Yusuf sambil tersenyum.

 

 

 

Sampai juga Yusuf ke kampung Melati. Cikgu Ismail menyambut kedatangannya.

 

‘Assalamualaikum Cikgu, apa khabar?’ Dia bersalaman dan terus mencium tangan bekas gurunya. ‘Terima kasih Cikgu, atas segalanya.’ Suasana ketika itu menyebabkan Melati terasa sebak.

 

‘Syukurlah, awak telah berjaya. Saya turut berbangga. Melati ada memberi tahu tentang Professor.’ Cikgu Ismail tersenyum puas. Kejayaan anak didiknya adalah kejayaannya juga, juga kejayaan agama, bangsa dan negara.

 

‘Tak perlu panggil Professor. Saya cuma bekas anak murid cikgu. Kalau bukan kerana dorongan dan tunjuk ajar cikgu, saya mungkin masih di Tasik Raban mengumpul buah teratai. Nampak jelas semangat perjuangan itu  diperturunkan kepada anak cikgu.’

 

‘Si Melati itu memang kental, dia pendebat sekolah dan pelopor freedom of speech. Kemudian dia buat keputusan nak menjadi jurutera. Saya cuma nasihatkan dia untuk mengingat kata-kata pujangga Napoleon Hill. Kata beliau, pergilah lakukan perkara yang hebat-hebat, kalau tidakpun, lakukan perkara kecil dalam cara yang paling hebat.’

 

‘Dia memang hebat.’ Kata Yusuf sambil matanya menjeling kepada Melati yang datang membawakan hidangan petang.

 

Yusuf akhirnya menyunting Melati sebagai suri dengan restu ayah dan bonda serta seluruh ahli keluarga. Maka bersatulah dua hati, bersatulah dua jiwa.

 

‘Melati isteriku, mari kita bina negara ini dengan apa yang kita ada. Kita jadikan rumahtangga ini syurga kita. Kalau semua keluarga di negara ini berjaya melakar cita-cita, negara ini akan gah di mata dunia.’

 

‘Yusuf suamiku, perjuangan kita belum selesai. Negara ini perlu bangkit meneraju peradaban dunia. Minda kita sudah lama terpinggir dan terbelenggu. Bukankah kita dahulu satu bangsa bertamaddun. Kita tidak boleh leka lagi. Kita harus keluar dari tempurung yang menggelapkan minda dan pencapaian. Orang Malaysia sudah ke angkasa raya. Tiada lagi yang mustahil.’

 

-GLAM-

 

to my dad

 

Comments

An Ice Cream on One Fine Day

Imagine a country where there’s neither winter which is bitterly cold, nor extreme summer heat which is blistering hot and dry or dusty. Imagine a tropical paradise. Imagine no more. Ladies and gentlemen, welcome to Malaysia.

 

Well, whenever you feel like to enjoy the day here, an ice cream would suit you fine.

 

I remember well, when as a kampung boy, with 50 sen as the duit belanja for school, can never afford the Magnolia’s ice cream cone which then costs 70 sen. Those rustic days, I was imagining that one fine day I could afford those sumptuous ice cream with ease.

 

 

During my first year in Glasgow, I had to study Mathematics E1 a.k.a. first mathematics for aeronautical engineers, with topics like Algebra, Calculus, Geometry and Vectors. Where during SPM and A-Levels, I was not at all comfortable with Math, on the contrary during the undergrad days, math seems to be the easiest.

 

Anyway, in Vectors there were sub-topics such as 3D vectors and finding the volume of parallelepiped (what?) and methods to locate the midpoint or centroid of some funny shapes. I vividly remembered the math lecturer while on this topic and after explaining some theorems drew a shape of a triangle with semi-circle on its base, and said this to the class: “Ladies and gentlemen, that’s an ice cream on a summer day!” 

 

On those fine summer days in the UK, I did enjoy Gino Ginelli (bet that none of you knew this).

 

Fast forward to the present, I do enjoy and take some time appreciating nice ice creams especially if they are from Baskin Robbins or Andersen. These ice creams taste even nicer with the company of Jay and/or the kids, or even with friends.

 

(actually, there’s something else other than the above, about the pleasant feeling while having those nice ice creams, but somehow, things quickly happen, and will not be the same anymore, I guess)

Comments (2)