Archive forAugust, 2009

Marhaban ya Ramadhan al Mubarak

From the kitab Fazail-e-Amaal:

Salmaan (RA) reports, “On the last day of Syaaban, Rasulullah (SAW) addressed us and said, ‘0 people there comes over you now a great month, a most blessed month in which lies a night more greater in virtue than a thousand months. It is a month in which Allah has made Fasting compulsory by day. And has made sunnah the Tarawikh by night. Whosoever intends drawing near to Allah by performing any virtuous deed, for such person shall be the reward like the one who had performed a fardh in any other time. And whoever performs a fardhu, shall be blessed with the reward of seventy fardhu in any other time.

This is indeed the month of patience, and the reward for true patience is Jannah ( paradise). It is the month of sympathy with one’s fellowmen. It is the month wherein a true believer’s rezeki is increased. Whosoever feeds another who fasted, in order to break the fast at sunset, for the feeder there shall be forgiveness of sins and emancipation from the fire of Jahannam (hell), and for such feeder shall be the same reward as the one who Fasted (who he fed) without that persons reward being decreased in the least.”

Thereupon we said, “0 messenger of Allah, not all of us possess the means whereby we can give a fasting person to break his fast.” Rasulullah (SAW) replied, “Allah grants the same reward to the one who gives a fasting person to break the fast a mere date, or a drink of water, or a sip of milk.”

“This is a month, the first of which brings Allah’s mercy, the middle of which brings His forgiveness and the last of which brings emancipation from the fire of Jahannam.”

“Whosoever lessens the burden of his servants (bondsmen) in this month, Allah will forgive him and free him from the fire of Jahannam.”

“And in this month four things you should continue to perform in great number, two of which shall be to please your Lord, while the other two shall be those without which you cannot do. Those which shall be to please your Lord, are that you should in great quantity bear witness that there is no deity to worship except Allah (i.e. recite the Kalimah Tayyibah Laa llaaha illallaah) and make much Istighfaar beg Allah’s forgiveness with Astagirfirul-laah).” And as for those without which you cannot do, you should beg of Allah, entrance into paradise and ask refuge in Him from Jahannam.”

“And whoever gave a person who fasted water to drink, Allah shall grant that giver to drink from My fountain, such a drink where after that person shall never again feel thirsty until he enters Jannah.”

Reported by ibn Khuzaimah in his Sahih.

Comments (2)

Teriring Doa

Bersama salam ku kirim
Teriring doa dan restu
Sepenuh kasih nan syahdu
Terimalah kasih ku

Sungguh pun jauh terpisah
Dihati dekat selalu
Kekasih usah gelisah…
Tenangkan lah hatimu

Biarkan masa beredar
Hari pun berganti minggu
Hadapilah dengan sabar … Oh sayang ku
Kuatkan tekadmu intan
Tempuhi segala rintangan
Pastikan kita bertemu kau dan aku

- apasal la teringat lagu zaman awal keremajaan ni pulak

Comments (5)

Houston, we’ve a problem

Pesawat MAS Boeing 747-400 penerbangan MH94 selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Tom Bradley di Los Angeles atau dikenali juga dengan nama LAX  tepat jam 4.45 petang waktu tempatan.

 

Kalau diikut peredaran sang matahari, cuma baru satu setengah jam berlalu kerana pesawat itu tadinya berlepas pukul 3.15 petang waktu Kuala Lumpur. Tapi pada hakikatnya telah lebih 20 jam beredar kerana pesawat itu telah merentasi zon-zon masa yang berlainan sambil melawan arah pusingan bumi.

 

Dia bingkas mencari papan tanda Arrival dan segera beratur mengikut barisan untuk melalui pemeriksaan imigresen. Kelihatan bendera berjalur dan berbintang berkibar megah di sekitar kekisi bumbung. Dia tertanya sendiri, mengapakah dunia mengiktiraf Amerika Syarikat sebagai negara yang penuh kebebasan dan setiap rakyatnya pula berupaya menggapai fame and fortune in the American Dream. Bagai soalan itu terjawab sendiri, bila terpandang muka-muka bangga para pegawai yang bertugas di kaunter-kaunter imigresen.

 

Dalam lama menunggu dan beratur di dalam barisan, sempat juga dia menjamah soft cookies Famous Amos bekalan kakak iparnya. Pegawai yang berurusan dengannya punya iras keturunan orang Asia Timur. Pegawai itu membelek pasport merahnya dan dokumen visa yang tertempel di dalamnya dan dengan mesra mengucapkan “Welcome to the United States of America. Have a pleasant stay Miss Umayrah.

 

Dia ke sini atas urusan kerja. Dia mewakili syarikatnya untuk memantau jadual penghantaran perkakasan skid package yang bernilai lebih seratus juta ringgit bagi projek pelantar laut dalam di luar persisir pantai Sabah. Dari LA dia akan terus ke Houston, bandaraya industri minyak dan gas Amerika di pinggir Teluk Mexico.

 

Visa untuk ke Amerika baru sahaja dibuat pada minggu sebelumnya di Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak. Syukur, memang agak mudah untuk mendapatkan visa walaupun ketika di dalam bangunan kedutaan yang sekukuh kubu itu dia sendiri melihat ada juga permohonan visa yang telah ditolak, atas alasan ‘perempuan yang belum berkahwin’, dan ada kemungkinan ‘mereka ini’ akan terus menerus menetap di Amerika menjadi pendatang haram. Seperti yang terjadi pada rakan sepejabatnya Shirley Teoh yang ingin bercuti ke Amerika tetapi permohonan visanya ditolak. Aku juga seorang perempuan dan masih belum berkahwin. Kenapa pula mudah ya, getus hatinya.

 

Are you from Malaysia?

 

“Ya, I meant yes I am.

 

Terkejut dan tergamam bila dia tiba-tiba disapa seorang lelaki. Disapa oleh seorang lelaki Melayu, di LA. Siapa yang tidak terkejut. Iras wajah lelaki Melayu itu semacam ada berdarah campur. Mungkin ada sedikit darah Arab, kalau tidakpun Pakistan. My goodness, kenapa pula aku ambil peduli darah apa, Umayrah tiba-tiba tersedar.

 

Begitu kemas cara lelaki itu berpakaian walaupun dengan blazer navy yang ringkas. Tali lehernya telah dilonggarkan supaya lebih selesa. Kemejanya lengkap dengan cuff links. Sekali pandang pada jam kronografnya, dia juga tahu jenama jam lelaki itu sama seperti jenama jam Swiss yang ada di pergelangan tangannya.

 

“Saya Shahid. Awak adik Prof Yusuf kan?”

 

Umayrah cuma mengangguk ringkas. Si Shahid ini tentunya salah seorang dari pelajar pasca siswazah yang di bawah seliaan Prof Yusuf yang kadang-kadang dia bertemu mereka ketika dia melawat kampus abangnya. Mereka-mereka ini, terutama yang lelaki kadangkala dia rasakan agak menjengkelkan.

 

“Saya kenalan Prof. Ingat tak informasi tentang teknologi HIPPS laut dalam yang awak minta dari Prof. Sayalah yang sebenarnya memberi dia bahan itu.”

 

Ohh, begitu. Sekurang-kurangnya dia ini bukan dari golongan yang kurasakan jengkel, bisik hati Umayrah.   

 

“Saya harus segera ke Terminal 4 ke Houston menaiki pesawat Continental,” ujar Umayrah sambil melihat jam tangannya. Shahid mula perasan yang jenama jam mereka berdua adalah sama.

 

“Saya tahu. Prof telah SMS kepada saya.”

 

Apalah lagi yang telah abangku SMS kan pada lelaki ini.

 

“Terima kasih Encik Shahid. Selamat tinggal” Lega rasanya dapat beredar dari berdepan dengan lelaki ini. Dia masih terlalu asing bagiku, walau tak dapat dinafikan memang dia agak menarik, fikir Umayrah.

 

“Semoga kita berjumpa lagi Cik Umayrah.” Lelaki itu pada mulanya bagai hendak menghulurkan tangan, tapi lekas-lekas ditariknya kembali bila dia pasti Umayrah tidak akan berbuat demikian.

 

Jumpa lagi di bumi Amerika? You must be having a lucid American dream, dear Shahid. Bila sampai di Houston nanti, tiada siapa yang tahu itinerary ku di sana. Not even my dear brother, hati Umayrah berbisik.

 

Sampai di Houston, Umayrah menginap di hotel Westin Galleria. Nasib baik dia punya kad kredit syarikat, kalau tidak dengan bayaran US$300++ semalam, memang agak parah kalau terpaksa keluarkan perbelanjaan sendiri dahulu.

 

Hotelnya itu terletak di sebuah pusat membeli belah Galleria yang tersohor di Houston dan juga terbesar di seluruh negeri Texas. Di situ ada lebih dari 400 buah premis perniagaan termasuk Macy’s, Nordstrom dan Saks Fifth Avenue.

 

Dua hari yang berikutnya, walaupun masih diganggu jet-lag oleh perbezaan 16 jam antara masa Houston dan Kuala Lumpur, Umayrah sibuk bermesyuarat dengan vendor pembekal perkakasan untuk syarikatnya di Sugar Land, sebuah suburb di luar Houston. Setelah selesai urusan syarikatnya, baru Umayrah dapat menarik nafas lega.

 

 

Pada hari yang ketiga di Houston Umayrah bercadang untuk melawat Pusat Angkasa NASA sebelum kembali ke LA pada sebelah petangnya. Di situlah tempat para saintis dan jurutera aeroangkasa mengawal segala aktiviti penerbangan ke angkasa lepas. Ramai juga pelawat yang datang berduyun-duyun. Apa tidaknya, Amerika Syarikat telah menjadi kuasa dunia kerana mereka adalah peneraju teknologi angkasa lepas.

 

Seketika di bilik Mission Control, para pelawat diberi penerangan bahawa di Houston ada tiga buah bilik seperti itu. Di bilik inilah pasukan saintis dan jurutera bertungkus lumus mengawalselia setiap misi ke angkasa lepas.

 

Do we have anyone from Malaysia?” kata seorang pegawai penerangan NASA.

 

Umayrah segera mengangkat tangan. Ehh, rupanya ada seorang lagi yang mengangkat tangan. Umayrah memanjangkan lehernya menoleh kepada yang seorang lagi itu.

 

Shahid, my goodness. Shahid yang bagai sudah lama memerhatikannya kelihatan tersenyum.

 

From this Mission Control Room we have seen the Malaysian Angkasawan Dr Sheikh Muszaphar live when he was at the International Space Station.

 

Wow, terasa megah di hati bila hampir semua pelawat menoleh kepada Umayrah dan Shahid yang kini sudah berada di sisinya. Sebenarnya Shahid juga ke Houston selama seminggu atas urusan syarikat tempat dia bekerja. Pertemuan kali kedua ini sebenarnya tidak dirancang.

 

Failure is not an option,” bisik Shahid ke telinganya, ketika para rombongan meneruskan lawatan.

 

“Apa?” Umayrah buat-buat tidak dengar.

 

“Itu yang disebut oleh Gene Kranz pengarah penerbangan yang telah menyelamatkan misi Apollo 13 yang mulanya hampir gagal,” ujar Shahid.

 

Yeah right, kamu ini dalam misi tersendirikah Shahid, bisik hati Umayrah.

 

“Kita makan tengahari dulu ok?” Shahid mempelawanya setelah lawatan Pusat Angkasa selesai.

 

“Maaf Shahid, saya ada flight balik ke LA petang ini.”

 

“Kenapa ya everytime I see you, you are leaving on a jetplane?”

 

I hope not everytime, Umayrah bagai mahu menjawab. Tapi tak terkeluar perkataan.

 

“Tapi tak mengapa, biar saya belanja awak makanan laut istimewa di George Bush Airport.”

 

Sesampainya mereka di lapangan terbang dan sesudah Umayrah check-in, masih ada lagi dua jam sebelum waktu penerbangan. Cukup masa untuk makan tengahari. Cukup juga masa untuk berbual-bual panjang.

 

Di dalam restoran makanan laut itu setelah selesai memesan makanan tiba-tiba Umayrah dengan begitu teruja berkata kepada Shahid, “Bukankah itu Yao Ming yang bermain untuk pasukan bola keranjang NBA Rockets di Houston?”

 

Belum sempat Shahid menjawab, Umayrah kembali bersuara, “Silly me, itu cuma patung replikanya,” setelah melihat dengan lebih jelas replika life-size pemain superstar itu yang  berketingian 7 kaki 6 inci.

 

Bila makanan tiba, mereka berdua kembali teruja. Mungkin lawatan separuh hari di NASA agak memenatkan dan perut pula terasa kosong.

 

“Ahh, fortune cookies,” kata Umayrah sambil memecah biskut itu dan terus membaca nota yang tercatat di dalamnya.

 

The person with you is your destiny,” ahh, silly cookie, bisik Umayrah. Tetapi, mengapa pula tidak?

 

Mereka berdua besembang-sembang kosong sehingga masa untuk penerbangan ke LA hampir tiba.

 

“Semoga kita berjumpa lagi Cik Umayrah.”

 

Tentunya, Shahid. Kali ini akulah pula yang mahu bermimpi.

 

Di lapangan terbang LAX tiga jam kemudian, Umayrah sempat untuk log in ke internet dan membuka emelnya. Seperti yang dijangkakan ada sepucuk emel ringkas dari Shahid.

 

“Kepada fortune cookieku, misiku ke Houston memang berjaya walaupun hampir gagal pada mulanya. Dan kegagalan bukan lah suatu pilihan bagiku. Destiny ku bagai tertulis dengan mu.  Yours, Shahid Akhtar”

 

 

 -GLAM-

Comments